Saturday, December 15, 2007

PENGARAH SYARIKAT HADAPI EMPAT PERTUDUHAN RASUAH RM119,000 LIBATKAN ORANG POLITIK



JOHOR BAHARU, 14 Dis : Seorang pengarah syarikat telah dihadapkan keMahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerimarasuah.

Bagi tuduhan pertama Mohd Ismail Abdullah, 52 didakwa menerima suapansebanyak RM10,000 daripada Chong Kor Yong,49, yang kononnya untukShaharuddin Abu Sohot pada 27 Feb lalu pada pukul 2.22 petang melaluiakaun sebuah syarikat di sebuah bank di Taman Sri Bahagian, JalanTampoi di sini.

Suapan tersebut adalah sebagai dorongan untuk membantu agar seoranglelaki, Chong Tzeng Hang (sub: umur tidak dinyatakan) tidak dikenakanPerintah Sekatan di bawah Seksyen 4A(1) Ordinan Darurat 1969.

(sub: Shaharuddin ialah setiausaha sulit kanan timbalan menterikeselamatan dalam negeri)
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Ismail didakwa menerima suapan bernilaiRM5,000 daripada Chong, kononnya untuk Datuk Rosli Abdul Malik pada 28Feb pada 3.55 petang melalui akaun syarikat yang sama di sebuah bankdi Taman Sentosa di sini.

Suapan tersebut juga adalah sebagai dorongan untuk membantu agar ChongTzeng Hang tidak dikenakan Perintah Sekatan.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Ismail didakwa menerima suapan bernilaiRM100,000 daripada Chong, kononnya untuk (Timbalan Menteri KeselamatanDalam Negeri) Datuk Johari Baharum dan UMNO Kubang Pasu pada 6 Maclalu pada 10.15 pagi melalui akaun syarikat yang sama di bank yangsama di Taman Sentosa di sini bagi dorongan yang sama.
Beliau juga bagi pertuduhan keempat didakwa menerima suapan bernilaiRM4,000 daripada Chong pada 6 Mac pada 10.15 pagi melalui akaunsyarikat yang sama di bank yang sama di Taman Sentosa di sini sebagaidorongan membantu agar Chong Tzeng Hang tidak dikenakan PerintahSekatan.

Mohd Ismail telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10(a)(aa) AktaPencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen16 Akta yang sama bagi semua pertuduhan tersebut.

Beliau menghadapi hukuman minimum 12 hari penjara dan denda RM10,000atau lima kali ganda nilai suapan.

Tertuduh yang berdiri tertunduk sepanjang masa menyatakan faham denganpertuduhan tersebut dan mohon untuk dibicarakan.

Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwaraya Ng Siew Weetelah memohon agar tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM50,000 danpasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Ini dibantah oleh peguambela tertuduh, Rosdi Amir yang memohon agartertuduh hanya dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorangpenjamin bagi setiap pertuduhan.
Ng membantah, berkata jumlah jaminan yang munasabah harus dikenakankerana kesalahan tertuduh adalah serius dan bagi memastikannya hadirke mahkamah untuk perbicaraan.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir menetapkan ikat jamin sebanyak RM40,000dengan seorang penjamin terhadap tertuduh disamping mengarahkanpasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Mohd Fauzi menetapkan 16 April depan bagi mendengar kes tersebut.

Samy Vellu Komen Bhg 2



SAMY SIFAT TAHANAN LIMA PEMIMPIN HINDRAF BAWAH ISA "SESUAI DENGAN MASA"