Wednesday, December 19, 2007

Siasat Guru



"Saya sudah mengarahkan pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Mokhy Saidon, menyiasat kejadian ini dan menunggu laporan berkenaan yang dijangka siap kira-kira seminggulagi," kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Md Dom, mengulas laporan akhbar mengenai tindakan guru mengurung seorang pelajar supaya tidak mengambil peperiksaan Kertas 1 (objektif) Pendidikan Seni Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 4 Disember lalu.

Tindakan itu didakwa diambil seorang guru sebuah sekolah menengah di Air Tawar,Kota Tinggi, dekat sini, bagi memastikan keputusan pelajar berkenaan ditulis 'Tidak Hadir' berbanding 'Gagal' untuk memastikan sekolah itu memperoleh 100 peratus lulus.

Alimuddin berkata, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu dia sudah mengarahkan pengarah pelajaran negeri membuat siasatan. "Siasatan merangkumi pertemuan antara pegarah negeri dan guru serta pelajar danibu bapanya, bagi mendapatkan kesahihan dakwaan itu.

"Berikutan itu, kami kini menunggu laporan dan apa-apa bentuk tindakan hanya akandiambil selepas laporan dilakukan," katanya selepas Majlis Amanat Ketua PengarahPelajaran kepada Warga Pendidikan Johor, di Dewan Besar Kompleks Islam, di sini,semalam. Menurutnya, sama seperti kakitangan awam lain semua guru terikat denganperaturan-peraturan kakitangan awam dan sekiranya didapati melakukan kesalahan,seseorang itu boleh dikenakan disiplin termasuklah amaran, potong gaji atau turunpangkat.

Bagaimanapun, katanya siasatan terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu bagimengetahui apa sebenarnya berlaku sebelum sebarang tindakan dapat dilakukan. "Peperiksaan hanya sebagai ukuran pencapaian akademik pelajar dan pemilihan keInstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bukan sahaja merangkumi pencapaian akademik,malah kegiatan lain seperti ko-kurikulum," katanya. Semalam, akhbar ini melaporkan antara kandungan satu surat ditulis seorang gurudikenali sebagai Cikgu Bain, yang didakwa `mengurung' seorang pelajarnya disekolah menengah di Air Tawar, Kota Tinggi, selama tiga jam ketika peperiksaanKertas 1 subjek Pendidikan Seni Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 4 Disember lalu.

Langkah itu dilakukan, atas alasan tidak mahu pencapaian sekolah berkenaan dalamSPM merosot. Selain itu, guru berkenaan mendakwa sudah menolong pelajar berkenaan, MohammadFaiz Abdul Aziz bagi Kertas 3 (kerja kursus), dengan menyiapkan fail (folio) sertakerja ukiran kapur putih, walaupun pelajar itu enggan menyiapkannya. Guru berkenaan turut mendakwa, sudah memberi contoh lukisan kepada Faiz bagi Kertas 2 iaitu melukis dan mewarna, di kantin dan menasihatkan pelajar berkenaanmewarna menggunakan warna yang dibawa atau sekurang-kurangnya melorek, tetapi Faizdi katakan tidak mengikut nasihatnya.


Faiz juga dikatakan tidak bersungguh-sungguh ketika melukis, tidak mewarnalangsung dan pengawas peperiksaan memberitahu pelajar itu hanya melentukkan kepaladi meja walaupun masa tiga jam diberikan. Surat bertarikh 4 Disember itu didakwa ditinggalkan guru berkenaan di rumahkeluarga pelajar itu di Felda Air Tawar 1, sebagai alasan tindakannya tidakmembenarkan Faiz menduduki peperiksaan Kertas 1, bagi mengelak pelajar itu gagalhingga menjejaskan pencapaian keseluruhan sekolah terbabit.