Thursday, January 17, 2008

Polis-Krishnasamy

JOHOR BAHARU, 16 Jan --Lebih ramai akan dipanggil polis untukmemberikan keterangan berhubung kejadian yang berlaku di Bangunan MIC Negeri Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, pasukankhas siasatan pembunuhan Krishnasamy yang penubuhannya diumumkan olehKetua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan sedang bekerja sepenuh masamenyiasat kes tersebut.

Oleh itu rang ramai diminta berhenti dari membuat sebarang spekulasitentang kes pembunuhan ADUN Tenggaroh Datuk S.KrishnasamyMokhtar berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan suratpenghargaan Balai Polis Contoh dan Pemakaian Pangkat kepada dua pegawai dan 72 anggota polis Johor Baharu Utara di Balai Polis AirBemban, Kulai di sini, hari ini.

Krishnasamy, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi MIC Johor ditembakmati dari jarak dekat oleh seorang penembak kira-kira pada 2.30 petangJumaat lepas ketika berada di dalam lif Bangunan MIC Negeri untukmenghadiri mesyuarat parti.Sejak kejadian tersebut, pihak polis telah memanggil beberapa oranguntuk memberikan keterangan tentang kes terbabit termasuk pembantukhas Pengerusi MIC Negeri Datuk K.S Balakrishnan dan pemandu kepadamendiang Krishnasamy untuk membantu siasatan.

Beliau mengesahkan bahawa Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya DatukSeri S.Samy Vellu telah memberikan keterangan kepada polis di KualaLumpur semalam.Mokhtar juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarangmaklumat tentang kejadian pembunuhan tersebut agar tampil ke hadapandan menyalurkannya kepada pihak polis.