Tuesday, January 15, 2008

Kerajaan Johor akan melaksanakan pemasangan kamera litar tertutup



JOHOR BAHRU-14.JAN-Kerajaan Johor akan melaksanakan pemasangan kamera litar tertutupCCTV di seluruh daerah Johor Bahru termasuk di taman - taman perumahan sebagai langkah keselamatan.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru MBJB dan Polis diminta mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk pemsangan CCTV terbabit. Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pusat kawalan CCTV terbabit akan berpusat di Majlis Bandaraya Johor Bahru MBJB dan di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD.

Katanya, selain peruntukkan daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan untuk pemasangan CCTV, kerajaan negeri akan memberikan peruntukkan tambahan bagi tujuan penambahan pemasangan CCTV tersebut.

Selain itu pihak swasta juga turut digalakkan memasang CCTV di dalam dan di sekitar premis mereka sebagai langkah pencegahan dan keselamatan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sistem Maklumat Geografi Bersepadu IGIS di Johor Bahru.
Selain itu, menurut Datuk Abdul Ghani, bantuan ehsan penduduk yang terlibat banjir pada tahun lalu akan di berikan kepada penduduk yang rumah mereka di naiki air sahaja. Katanya, wang ehsan sebanyak 700 ringgit akan di berikan kepada rumah yang dinaiki air sedalam 5 kaki manakala sebanyak seribu 100 ringgit kepada rumah yang dinaiki air lebih dari 5 kaki.

Sementara itu, penduduk yang telah mendaftar tetapi kawasan mereka tidak dinaiki air tidak akan mendapat wang ehsan terbabit.

Keadaan kesihatan Sultan Johor Sultan Iskandar semakin pulih



Baginda d imasukkan ke Hospital Pakar Puteridi Johor Bahru pada 1 Jan lepas kerana penyakit Bronchitis. Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata baginda sedang berehat dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh sehari dua ini.

JATUH HUKUM PENGAWAL KESELAMATAN BUNUH ANAK DITUNDA



JOHOR BARU, 14 Jan: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 Mac bagimenjatuhkan hukuman ke atas seorang pengawal keselamatan yangmenghadapi tuduhan membunuh tiga anaknya pada tahun 2004.

Hakim Jeffrey Tan telah menetapkan tarikh tersebut apabila pihakpeguam bela tertuduh P. Vellertore (sebutan: VELLERTORAY) , 47 masih belum mendapat nota keterangan kes dari mahkamah.Tan berkata setiausaha beliau memerlukan masa satu hingga dua bulanbagi menyiapkan nota tersebut.

Jatuh hokum kes itu sepatutnya dilakukan hari ini namun disebabkannota keterangan itu belum siap, ianya ditunda ke tarikh tersebut.Sementara itu, tertuduh memohon daripada mahkamah untuk dipindahkandari Penjara Ayer Molek ke Penjara Sungai Buloh bagi memudahkan ahlikeluarga melawatnya.

Tan berkata perbicaraan dijalankan di Johor maka tertuduh harusditahan di negeri ini.Bagaimanapun, Tan berkata pihak peguam bela Vellertore bolehmengemukakan permohonan untuk dia dipindahkan ke Simpang Renggam.

Vellertore telah didakwa membunuh Rudraa Kumar, enam; Kessaprata,lima; dan Harini, tiga antara 10.30 pagi dan 3.30 petang di rumahmereka di Taman Muhibbah, Saleng, Kulai pada 20 Nov, 2004.

Timbalan Pendakwaraya ialah Shahrizal Shaari mankala tertuduh diwakiliBenard George.