BATU PAHAT, 31 Dis -- Orang ramai yang memiliki DVD yang di dakwa mengandungi aksi seks seorang pemimpin politik tempatan supaya menyerahkannya pihak berkuasa, kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris hari ini. Menurutnya, sesiapa yang didapati memiliki DVD tersebut, membuat salinan serta mengedarnya boleh di dakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
"Mereka yang didapati bersalah, boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. Kita juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan khabar-khabar angin yang akan memburukkan lagi keadaan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan polis darimana-mana individu tentang penyebaran DVD yang di dakwa mengandungi aksi sekspemimpin politik itu."Kita minta sesiapa yang memiliki DVD itu supaya menyerahkannya kepada pihak polis,"kata Ibrahim.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang laporan media hari ini berkenaanpenyebaran DVD aksi seks itu di Muar, Batu Pahat dan Tangkak. Bernama difahamkan, sampul-sampul surat mengandungi dua keping DVD tersebut telahdiedarkan secara percuma di beberapa bahagian bandar Batu Pahat dengan carame letakkannya di dalam kotak-kotak surat milik penduduk dan peniaga.
DVD tersebut juga diletakkan di hadapan-hadapan rumah penduduk oleh mereka yangtidak dikenali. Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaFahmi Kassim pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan tentangpenyebaran DVD aksi seks pemimpin politik di Johor Baharu dan daerah-daerah lain. Bagaimanapun pihaknya akan menjalankan siasatan tentang perkara itu.
Tuesday, January 1, 2008
KERANCAKAN DI WPI BERMULA SUKU PERTAMA TAHUN DEPAN, KATA MB JOHOR
JOHOR BAHARU, 31 Dis -- Projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dijangkabertambah rancak tahun depan apabila kebanyakan projek-projek di bawah rancangan pembangunan itu dimulakan pada suku pertama tahun depan.
Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata hampir semua urusan berkaitanperaturan dalam WPI telah selesaikan tahun ini sebelum beberapa siri perkembanganprojek berkenaan akan diumumkan dalam tempoh tidak lama lagi.
"Kerajaan kini berada pada status "bersedia untuk melaksanakannya".
Banyak perkaramenarik akan berlaku pada 2008 dan kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri amatkomited bagi memastikan projek rancangan WPI akan berjalan seperti yang dirancang mengikut jadual," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Abdul Ghani yang juga pengerusi bersama Pihak Berkuasa Lembaga Pembangunan Iskandarberkata, satu pelan komunikasi baru akan diwujudkan bagi memastikan orang awamsentiasa mendapat maklumat terkini mengenai WPI dan beberapa pengumuman baru itutermasuk pelaburan baru, pemberian kontrak dan pelancaran projek infrastruktur yang besar.
Beliau berkata, pelabur dari Timur Tengah yang membawa masuk pelaburan sejumlahAS$1.2 bilion iaitu RM4.2 bilion akan memulakan projek mereka pada suku pertamatahun depan di Node 1 dengan Aldar Properties di bawah perjanjian MubadalaDevelopment Company yang melabur sejumlah AS$520 juta akan mula membangunkan zonsantai termasuk perumahan, taman hiburan, padang golf dan pusat perubatan.
Ghani-WPI 2 Johor Baharu Katanya, Al-Nibras Ltd anak syarikat Kuwait Finance House yang akan melabur AS$330juta pula akan memulakan pembangunan kluster budaya yang meliputi taman kreatif danperkampungan warisan manakala Abu Dhabi's Millenium Development Company yang akanmelabur sebanyak AS$325 juta mula membangunkan zon kewangan antarabangsa.
Menurut Abdul Ghani, semua pembangunan infrastruktur dalam WPI juga akan bermulasuku pertama tahun depan termasuk pembinaan Lebuhraya Pesisir Pantai, sepanjang 15km yang menghubungkan bandaraya Johor Baharu dengan Nusajaya yang bernilai RM1bilion.
"Syarikat Permodalan Johor Selatan (SJIC) iaitu sebuah syarikat yang berkaitan WPIjuga akan memulakan pembinaan sembilan susur keluar dan enam jambatan bagi LebuhrayaPesisir Pantai manakala pembinaan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) yangmenghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) dengan Lebuhraya UtaraSelatan di Pandan akan dimulakan pada Mac depan," katanya.
Beliau berkata, projek pemulihan sungai-sungai di sekitar WPI juga akan bermulatahun depan dengan menyaksikan sejumlah RM900 juta diperuntukkan kerajaan bagiperbersihan Sungai Skudai, Segget dan Tebrau yang kini pencemarannya berada di tahapkritikal manakala projek MSC Cyber City yang bernilai RM500 juta juga akandibangunkan di Kulai, tahun depan.
Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Johor yang bernilai RM1.2 juta juga akan beroperasiMac depan dan beberapa kemudahan keselamatan di WPI yang melibatkan kos bernilaiRM330 juta juga akan dibangunkan tahun depan, katanya.
"Antara projek yang telah dilaksanakan sepanjang 2007 pula adalah pelancaran PuteriHarbour yang bernilai RM1.5 bilion dan janakuasa Tanjung Bin yang bernilai RM7.8bilion. Ingin saya tekankan WPi bukannya hanya untuk pelabur asing sebaliknya kamimahu rakyat negara ini menggunakan kesempatan ini untuk melabur dalam projek ini,"katanya.
WPI yang meliputi beberapa daerah di Johor merupakan koridor pembangunan kawasanselatan yang bakal menyaksikan kawasan Johor Selatan bertukar menjadi bandarayametropolis antarabangsa seperti Hong Kong dan Shenzhen, China.
WPI di kawasan seluas 2,217 km itu dilancar pada 4 Nov 2006 dan diterajui KhazanahNasional Berhad.
Subscribe to:
Posts (Atom)