Friday, January 11, 2008

Timbalan Pengerusi MIC Johor ditembak mati


Bernama melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tenggaroh Dato' S. Krishnasamy ditembak mati di bangunan MIC Johor di Johor Baharu petang ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.

Kakitangan pejabat MIC Johor mengesahkan, ahli politik MIC itu mati sejurus selepas ditembak dua kali dari jarak dekat kira-kira jam 2 petang tadi.

Dalam satu laporan yang tidak dapat disahkan, Adun yang mewakili kawasan Tenggaroh itu, ditembak selepas dua lelaki merapati beliau berhampiran lif pejabat MIC Johor ketika Krishnasamy dijadualkan menghadiri mesyuarat.

Krishnasamy, yang merupakan seorang kontraktor meninggalkan seorang balu, Sornavalli dan empat orang anak.

Krishnasamy sebelum ini dipilih tiga kali menjadi AJK MIC Pusat sejak tahun 2000.

Krishnasamy merupakan ahli politik MIC yang kedua ditembak mati selepas Adun Lunas, Kedah, Dr Joe Fernandez ditembak mati di Bukit Mertajam beberapa tahun lepas