Thursday, December 27, 2007

Lebih Empat Ribu Mangsa Banjir Dapat Rawatan Kesihatan, Kata Chua

JOHOR BAHARU, 27 Dis -- Seramai 4,582 mangsa banjir telah mendapatkan rawatankesihatan dari pasukan perubatan Jabatan Kesihatan yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan seluruh negara sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini.

Menurutnya, kebanyakan dari mereka yang mendapatkan rawatan tersebut merupakan pesakit-pesakit kronik yang memerlukan bekalan ubat-ubatan yang berterusan sertapesakit yang mengalami masalah selesema, batuk dan demam.

"Jabatan Kesihatan Negeri telah bersiap sedia, khususnya pasukan-pasukan perubatandan kesihatan yang ditempatkan di negeri-negeri Pahang, Johor, Kedah dan Kelantanyang berada di di dalam keadaan 'high alert,'" katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Sultan Ismail (HSI), Pandan di sini.

Katanya, pasukan-pasukan perubatan turut memindahkan 37 mangsa banjir yangmemerlukan rawatan bagi pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dansakit jantung ke hospital-hospital berhampiran.

Chua juga berkata, setakat ini tiada kes-kes penyakit berjangkit sama ada bawaan airatau makanan berlaku di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

Kebakaran Rumah Kongsi Tapak Pembinaan Larkin Johor Bahru

KEMALANGAN KERETA DAN BASIKAL DIPANDAN JOHOR BAHRU