Saturday, January 19, 2008

Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Kota Tinggi

Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Kota Tinggi

Penempatan mangsa banjir dibina siri 3

Penempatan mangsa banjir dibina siri 2

Penempatan mangsa banjir dibina siri 1



Utusan Malaysia

Mangsa banjir di daerah ini menyambut baik langkah kerajaan mendirikan penempatan baru bagi mereka di Batu 2 Kampung Jawa di sini yang sekali gus dapat menyelesaikan masalah yang sering dihadapi selama ini.

Sebanyak 360 keluarga dari enam kampung di sekitar daerah ini telah bersetuju untuk berpindah ke kawasan penempatan semula itu.

Seorang mangsa banjir, Atan Leman, 65, dari Kampung Kelantan, berkata, dia tidak sabar lagi untuk memasuki rumah baru yang bakal dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Sdn. Bhd. (SPNSB).

“Rumah saya musnah teruk ketika banjir besar melanda pada hujung tahun 2006 dan awal tahun lalu.

“Apabila dengar tentang penempatan baru itu, saya terus memohon kerana tidak tahan lagi dengan masalah banjir yang sering berlaku,” katanya ketika ditemui selepas majlis pecah tanah projek penempatan semula mangsa banjir yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Rumah penempatan semula itu berharga RM35,000 sebuah dan setiap keluarga hanya perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM100.

Seorang lagi mangsa banjir, Husein Mat Tahar, 67, dari Kampung Batu 4, pula berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana prihatin dengan nasib orang kampung sepertinya.

“Ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap nasib rakyat yang menghadapi masalah besar,” katanya.

Rakannya, Ab. Aziz Basri, 46, dari Kampung Makam berkata, banjir yang melanda tahun lalu menyebabkan dia kehilangan rumah dan terpaksa menumpang di rumah saudara.
“Kalau boleh saya tak mahu menyusahkan sesiapa, mahupun saudara sendiri.

“Oleh itu, saya amat berharap agar rumah ini dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.
Turut menerima nasib yang sama adalah penduduk Kampung Tembioh, Azman Yusof, 67, yang terpaksa menumpang di rumah saudaranya setelah rumahnya dihanyutkan arus ketika banjir melanda pada awal tahun lepas.

Merasmikan Majlis Pelancaran Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Johor Bahru kelolaan Biro Ibu Tunggal MPWK Parlimen Johor Bahru di Balai Islam



Merasmikan Majlis Pelancaran Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Johor Bahru kelolaan Biro Ibu Tunggal MPWK Parlimen Johor Bahru di Balai Islam, Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa, JB

ISU KRISHNASAMY DAN CHUA TIDAK AKAN BERI KESAN PADA BN, KATA SHAHRIR SAMAD



JOHOR BAHARU, 19 Jan -- Walaupun kejadian pembunuhan ADUN Tenggaroh Datuk S.Krishnasamy dan perletakan jawatan bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua SoiLek menjadi topik hangat perbualan dikalangan masyarakat, tetapi ia tidak akan menjadi pertimbangan di dalam memilih parti di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Anggota Parlimen Johor Baharu dan Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samadberkata, masyarakat sebaliknya akan meletakkan keutamaan kepada isu-isu seperti perkhidmatan calon dan masa depan di dalam menentukan calon yang akan dipilih merekaketika pilihanraya umum akan datang.

"Pengundi-pengundi akan membuat keputusan mereka berdasarkan kepada perkhidmatan calon-calon dan parti mana yang menjanjikan masa depan yang lebih baik kepadamereka, dan tidak ada parti selain Barisan Nasional yang telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat negara ini," katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) berkata demikiankepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Parlimen Johor Baharuanjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Johor Baharu.Menurut Shahrir, sehingga kini tiada alternatif selain BN yang telah berjayamelaksanakan konsep perkongsian kuasa di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negaraini.

"Konsep perkongsian kuasa yang dilaksanakan oleh BN telah diterima oleh rakyatselama ini. Sehingga kini tiada alternatif selain BN dan konsep perkongsian kuasanya," kata anggota Parlimen Johor Baharu itu.Walaupun begitu katanya, parti-parti pembangkang akan cuba mengambil kesempatan danmengeksploitasi dari kedua-dua isu terbabit.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang melawat Johor menafikan ketika ditanya pemberita sama ada kedua-dua kejadian yang menimpadua pemimpin utama BN Johor baru-baru ini itu memberi kesan kepada persiapan ataupeluang BN Johor pada pilihanraya umum akan datang ini.

Menurutnya yang juga Timbalan Pengerusi BN, persiapan pilihanraya BN Johor ketikaini berjalan lancar dan berkeyakinan terhadap kemampuan BN untuk menangani kejadian-kejadian yang berlaku baru-baru ini.Krishnasamy, yang juga Timbalan Pengerusi MIC Johor ditembak mati dari jarak dekatketika berada di dalam lif di Bangunan MIC Negeri Jumaat lepas, manakala Dr Chuayang merupakan Pengerusi MCA Johor terpaksa meletakkan jawatannya di dalam parti dankabinet selepas DVD yang memaparkan aksi seksnya tersebar di beberapa daerah dinegeri ini.

Dr Chua yang turut meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen Labis dan PengerusiMCA Bahagian Batu Pahat, bagaimanapun telah dilantik sebagai Penasihat MCA Johor oleh Badan Perhubungan MCA Johor baru-baru ini.

Mengenai persiapan pilihanraya BN Johor Baharu, Shahrir berkata, parti-partikomponen BN di Parlimen Johor Baharu telah mewujudkan bilik-bilik gerakan danjawatankuasa pilihanraya serta bergerak ke peringkat akar umbi mengadakan penerangantentang pelbagai isu.

UMNO Bhg Johor Bahru dan Barisan Nasional Johor Bahru sudah bersedia untuk pilihanraya ke 12

K'JAAN LAKSANA PROGRAM PENEMPATAN SEMULA MANGSA BANJIR SECARA BERPERINGKAT DI

Kerajaan akan melaksanakan program penempatan semulamangsa-mangsa banjir secara berperingkat-peringkat tetapi berterusan di seluruhnegara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, buatpermulaan kerajaan menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membinasebanyak 662 unit rumah melibatkan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa ditempatkansemula di daerah Kota Tinggi, Kluang dan Kinabatangan.

"Program penempatan semula mangsa-mangsa banjir ini akan dilakukan di seluruh negarasecara berperingkat-peringkat tetapi berterusan," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah tapak penempatan semula mangsa-mangsa banjir Kota Tinggi diKampung Jawa yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurutnya, 360 peserta program penempatan semula mangsa banjir di Kota Tinggi ituakan menduduki sebuah rumah bernilai RM46,000 berkeluasan 1,200 kaki persegi, denganbayaran bulanan sebanyak RM100 bagi satu keluarga.

Najib berkata, walaupun nilai rumah yang akan dibina oleh SPNB bernilai RM46,000sebuah tetapi jika harga kos tanah turut diambilkira, maka kos keseluruhan rumahyang akan siap di dalam tempoh 18 bulan itu menjangkau sebanyak RM120,000.

Mahkamah-Krishnasamy



DUA INDIVIDU DIREMAN EMPAT HARI BANTU KES PEMBUNUHAN ADUN

TENGGAROHTeamJOHOR BAHARU, 18 Jan -- Seorang pembantu peribadi pemimpin politik MIC Johor danseorang kerani pejabat MIC Johor ditahan reman empat hari ini sehingga Isnin bagimembantu siasatan kes pembunuhan Anggota Dewan undangan Negeri Tenggaroh, DatukS.Krishnasamy.

Pembantu peribadi berusia 60 tahun dan kerani berusia 46 tahun itu dikemukakan keMahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 2.45 petang tadi.Perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dikeluarkan Hakim Aliman Musri.

Permohonan dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Johor, Timbalan Pendakwaraya Abd RashidDaud dan dua timbalan pendakwaraya, Husmin Hussein dan Sharizal Shaari. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan remanterhadap kedua-dua individu berkenaan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Krishnasamy, 61, yang juga Timbalan Pengerusi MIC Johor mati ditembak dalam lif diBangunan MIC Johor di Jalan Segget, ketika hendak menghadiri mesyuarat MIC kira-kirapukul 2.30 petang, Jumaat lepas.

sub: Hakim Aliman Musri menggantikan majistret untuk keluar perintah reman