Monday, February 11, 2008

YB Dato Shahrir Samad - Pilihanraya ke 12 Siri 6

YB Dato Shahrir Samad - Pilihanraya ke 12 Siri 5

YB Dato Shahrir Samad - Pilihanraya ke 12 Siri 4

YB Dato Shahrir Samad - Pilihanraya ke 12 Siri 3

YB Dato Shahrir Samad - Pilihanraya ke 12 Siri 2

YB Dato Shahrir Samad - Pilihanraya ke 12 Siri 1



majlis pelancaran jentera gerak kerja pilihnraya umum ke 12 bhg johor bahru dan cawangan-cawangan dalam bhg johor bahru

jentera gerak kerja pilihnraya umum ke 12 bhg johor bahru siri 4

majlis pelancaran jentera gerak kerja pilihnraya umum ke 12 bhg johor bahru dan cawangan-cawangan dalam bhg johor bahru siri 3

majlis pelancaran jentera gerak kerja pilihnraya umum ke 12 bhg johor bahru dan cawangan-cawangan dalam bhg johor bahru siri 2

jentera gerak kerja pilihnraya umum ke 12 bhg johor bahru siri 1



majlis pelancaran jentera gerak kerja pilihnraya umum ke 12 bhg johor bahru dan cawangan-cawangan dalam bhg johor bahru

curi lori treler siri 2

ANAK KARPAL SINGH MUNGKIN TANDINGI KERUSI PARLIMEN DI JOHOR

Anak kepada peguam terkenal danPengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh, Gobind Singh Deo dijangka akanmengikut jejak bapanya yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor dengan bertanding merebut salah satu kerusi Parlimen di Johor pada pilihanraya umum yang akan datang ini.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata, mereka telah mencadangkannama Gobind, seorang peguam, untuk dicalonkan sebagai calon pilihanraya umum dan kini sedang menunggu jawapan dari beliau.

"Beliau (Gobind) nampaknya amat berpandangan terbuka (terhadap cadanganDAP Johor) itu dan memberikan reaksi positif mengenainya," katapemimpin DAP Johor itu kepada Bernama di sini, hari ini.Menurutnya, setakat ini mereka belum menentukan kawasan Parlimen diJohor yang bakal ditandingi oleh Gobind, jika beliau menyetujuicadangan oleh DAP Johor yang mahu mencalonkan beliau.

Gobind menurut Dr Boo, merupakan anggota DAP Johor dan mempengerusikan Biro HakAsasi Manusia DAP Bahagian Johor Baharu.Beliau juga mempunyai firma guaman di Johor Baharu.Sementara itu Dr Boo berkata, DAP Johor secara dasarnya telah selesaiberbincang dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor tentang isupembahagian kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri serta Parlimen di Johoryang bakal ditandingi oleh kedua-dua parti pembangkang tersebut.

Perbincangan akhir di antara DAP dan PKR Johor katanya, hanya menyentuhtentang kedudukan satu atau dua kerusi DUN dan Parlimen sahaja."Kita berkemungkinan akan bertanding di 11 atau 12 kerusi DewanUndangan Negeri dan enam buah kerusi Parlimen di Johor pada pilihanraya umum akan datang," katanya.

Menurutnya, 30 peratus dari calon-calon yang bakal diketengahkan olehDAP Johor pada pilihan raya ke-12 ini adalah terdiri daripada muka-mukabaru. Dr Boo berkeyakinan, DAP Johor mampu memecah dominasi Barisan Nasional(BN) pada pilihan raya umum kali ini dengan memenangi satu atau duakerusi yang dipertandingkan.

"Kita tidak terlalu 'ambitious', tetapi kita (DAP Johor) yakin untukmemenangi satu atau dua kerusi kali ini," katanya, tanpa mendedahkankerusi-kerusi yang dirasakannya berpeluang dimenangi oleh DAP Johor.

curi lori treler siri 1

vietnam pukul polis siri 2

Vietnam pukul polis siri 1