Sunday, April 27, 2008
Keris: Hisham mohon maaf
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hari ini berkata mana-mana pihak yang ingin merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan Disember depan perlu mempunyai visi bagi memulihkan Umno sekaligus memperjuangkan bangsa. Beliau yang mengalu-alukan perebutan jawatan itu berkata sesiapa sahaja boleh bertanding merebut jawatan Naib Presiden berkenaan asalkan mempunyai visi yang dapat dilihat perwakilan dan akar umbi demi kepentingan orang Melayu.
"Kalau kita nak tanding kita kena tunjuk visi kita. Visi saya, saya sudah nyatakan dari dulu lagi dan bawa sejak 10 tahun lepas. Ini kerana orang ramai dan perwakilan dapat lihat muhasabah diri kita dan dengan itu tiada lagi penafian untuk kita maju ke depan," katanya. Hishamuddin yang juga Ketua Umno Bahagian Sembrong berkata demikian selepas merasmikan program Seminar Keibu bapaan dan pencegahan dadah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Dewan Undangan Negeri Kahang, di Felda Kahang Timur, di sini hari ini.
Beliau baru-baru ini mengumumkan bahawa akan melepaskan jawatan Ketua Pemuda yang dipegang selama 10 tahun. Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata mana-mana pihak yang ingin bertanding juga perlu menawarkan diri dengan sopan dengan tidak memburukkan calon lain kerana setiap perwakilan tahu setiap kepimpinan yang mereka mahu. "Dalam konsep ini (perebutan Naib Presiden), sesiapa sahaja boleh lawan asalkan berdisiplin, tidak jejaskan parti, tidak aniaya mana-mana pihak dan tidak amalkan rasuah," katanya. Katanya, para anggota Umno kini semakin bijak dalam membuat pemilihan dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perwakilan bagi membuat pemilihan terhadap dirinya.
Sementara itu mengulas mengenai permohonan maafnya berhubung tindakan menghunus dan mencium keris Panca Warisan sebelum ini, Hishammuddin berkata beliau berbuat permohonan demikian atas alasan tanggungjawab dan tiada sebarang tekanan dari mana-mana pihak. Sebenarnya tekanan bukan perkara baru, saya sudah berpolitik berpuluh tahun dan orang dapat nilai saya ikhlas atau tidak.
Bagi saya, saya letak parti lebih tinggi dari diri saya dan tidak menjadikan perkara ini membelenggu saya. Tetapi jangan fikir saya sudah berhenti dari perjuangan sebaliknya saya akan terus memikul tanggungjawab dalam Umno mahupun Barisan Nasional," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)