Monday, December 17, 2007
POLIS MARIN BERJAYA TUMPAS SENDIKET ROKOK DAN BOT PANCUNG BERNILAI RM 160,000
Sedikit Rokok Tumpas Bhg 2
POLIS MARIN BERJAYA TUMPAS SENDIKET ROKOK DAN BOT PANCUNG BERNILAI RM 160,000
JOHOR BAHARU,17 Dis,Polis Marin Wilayah Selatan telah berjaya menumpaskan sindiket penyuludupan masuk rokok bernilai RM 159,740 termasuk satu bot pancung dan dua buah enjin sangkut(200hp) awal pagi tadi.
Kejayaan rampasan ini dianggarkan sebanyak 1200 karton terdiri daripada tiga jenis rokok berjenama Malboro (merah,hijau dan coklat) itu adalah kejayaan kali ke-6(rokok) polis marin bagi tahun ini.
Walaubagaimanapun dua orang suspek dipercayai warga negara jiran telah memecut ke arah hutan paya bakau setelah diarahkan berhenti.
Rampasan dijayakan oleh Kumpulan Bot Ronda RHFB 6 dari Pangkalan Polis Marin Tanjung Puteri yang diketuai oleh Koperal Binasari bersama tiga anggota ketika sedang menjalankan Operasi Octopus di kawasan perairan Pasir Gogok,Pengerang.
Berkata pada sidang media,Kejayaan ini adalah hasil maklumat orangramai,kata Ketua Operasi dan Risikan Polis Marin Wilayah Selatan, DSP Mohd Yazib Abd Aziz pada sidang media.
Subscribe to:
Posts (Atom)