Wednesday, January 9, 2008

PEMANDU TEKSI MENGAKU TIDAK SALAH DERA ANAK



JOHOR BAHARU, 9 Jan Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mendera anak lelakinya, Dis lepas.K.Sekaran, 40, yang minta dibicarakan didakwa menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap S.Thayalan, 5, di sebuah rumah di alamat 138 JalanPermatang, Kempas Baru, pada pukul 10 pagi, 28 Dis lepas.

Sekaran yang hadir berpakaian kemeja putih didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dendaatau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa Cif Insp M.Subramaniam memohon tertuduh dikenakan jaminan sejumlah RM15,000, bagaimanapun, Majistret Nor Shahid Abdul Malek mengurangkan jaminansejumlah RM9,000 selepas menerima permohonan peguam tertuduh, GK Sritharan.

Sritharan dalam permohonannya kepada mahkamah memberi alasan bahawa wang jaminan yang dikenakan itu agak tinggi, tambahan tertuduh yang berpendapatan RM1,000 sebulan turut menanggung seorang isteri dan seorang anak perempuan Nor Shahid menetapkan 16April depan untuk sebutan kes.

Thayalan, anak bongsu dari dua beradik meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah,di sini pada 30 Dis lepas selepas dilaporkan jatuh di hadapan rumah ketika melarikan diri dari dirotan bapanya.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan pada hari yang samamengesahkan kejadian itu berkata pemeriksaan mendapati kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan pada kaki dan badan yang dipercayai akibat dipukul menggunakanobjek keras.

DAP SAHKAN BERTANDING SATU LAWAN SATU DI TUJUH PARLIMEN DAN 19 DUN



PULAU PINANG, 9 Jan-- Parti pembangkang DAP hari ini mengesahkan bertanding satulawan satu di tujuh daripada 13 kerusi Parlimen dan 19 daripada 40 kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada pilihan raya umum yang akan datang.

Ketua Setiausaha parti itu Lim Guan Eng berkata pembahagian kerusi untuk pilihanraya itu adalah atas persetujuan bersama yang dibuat dengan Parti Keadilan Rakyat(PKR)."Ini mrupakan keputusan muktamad yang telah dicapai antara DAP dan PKR, dan kamiberharap selepas ini kami dapat menumpukan sepenuh perhatian pada proses pilihanraya yang tidak lama lagi," katanya dalam sidang media yang diadakan sempenapembahagian kerusi itu di sini hari ini.

Tujuh kerusi Parlimen itu ialah Bagan (P43), Bukit Mertajam (P45), Batu Kawan (P46),Bukit Bendera (P48), Tanjong (P49), Jelutong (P50) dan Bukit Gelugor (P51).Selain itu 19 kerusi DUN ialah Sungai Puyu (N7), Bagan Jermal (N8) Bagan Dalam (N9),Berapit (N13), Padang Lalang (N15), Perai (N16), Jawi (N19), Tanjong Bunga (N22),Air Putih (N23), Pulau Tikus (N25), Padang Kota (N26), Pengkalan Kota (N27), Komtar(N28), Datuk Keramar (N29), Sungai Pinang (N30), Batu Lanchang (N31), Seri Delima(N32), Air Itam (N33) dan Paya Terubong (N34).

DAP-Pilihan Raya 12 Lim berkata kedua-dua parti iaitu DAP dan PKR juga bersetuju untuk memberikankerjasama yang baik sama ada di peringkat kebangsaan atau negeri dalam merebutkemenangan pada pilihan raya kali ini.

Sementara itu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mengenai pembahagiankerusi pilihan raya antara PKR dan PAS satu perbincangan akan dilakukan bagipembahagian itu."Tambahan bagi kerusi lain yang melibatkan PAS akan diadakan satu perbincangan danpengumuman yang berasingan, dan berharap rakyat akan beri ruang dan harapan kepadacalon DAP untuk menang di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan," katanya.

Anwar berkata keputusan bersama yang telah dicapai juga atas persetujuan daripada ahli-ahli di peringkat akar umbi.