Tuesday, December 25, 2007

POLIS MARIN TUMPAS CUBAAN SELUDUP PATI DI KOTA TINGGI



JOHOR BAHARU, 23 Dis- Polis Marin Wilayah Selatan berjaya membanteras aktivitipenyeludupan pendatang asing tanpa izin (pati) dengan menahan 23 orang wargaIndonesia dalam operasi di perairan Sungai Rengit, dekat Pengerang, Kota Tinggi, duahari lepas.

Ketua Polis Marin Wilayah Selatan ACP Kamal Bakri Medan berkata kesemua 18 lelaki,dua wanita dan tiga kanak-kanak itu ditahan menerusi Ops Octopus selepas menerimamaklumat aktiviti penyeludupan itu dari orang ramai."

Intipan yang dibuat berjaya mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakandi perairan tersebut kira-kira pukul 8..30 malam. Bagaimanapun, bot tersebut memecut laju ke arah pantai apabila diarahkan berhenti sebelum dua tekongnya terjun dari botdan melarikan diri ke dalam hutan bakau," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah Selatan, Tampoi, di sini hari ini.

Kamal Bakri berkata pemeriksaan pada bot berukuran 22 kaki panjang x 5 kaki lebardan menggunakan satu enjin sangkut itu menemui kesemua pati berusia 1 tahun hingga40 tahun yang didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah, yang cubamemasuki negara ini melalui perairan tersebut.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan di Balai Polis Sungai Rengit dan akandisiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1963.