Tuesday, February 12, 2008

SAMY VELLU SIFATKAN DAP SEBAGAI PARTI YANG SUDAH MATI



Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu menganggap parti pembangkang, DAP, yang mensasarkan untuk memenangi di antara 30 hingga 40 kerusi
Parlimen pada pilihan raya akan datang, sebagai sebuah parti yang sudah mati.

Selain menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang telah lama berkubur, beliau yang
juga Menteri Kerja Raya itu turut menyatakan pemimpin-pemimpin parti pembangkang itu
tidak berguna.

"Mana ada DAP, DAP sudah mati. Sekarang ini pemimpin-pemimpin DAP tidak ada guna,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek membina Jalan
Permas Jaya ke Pasir Gudang dan jambatan kedua Permas Jaya, yang turut dihadiri
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpinnya Lim Kit Siang semalam
bahawa parti tersebut merancang untuk merebut kerusi-kerusi Parlimen tersebut dan
menafikan Barisan Nasional (BN) kemenangan majoriti dua pertiga.

Kit Siang juga berkata, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mampu memenangi di
antara 40 dan 50 kerusi Parlimen yang mereka tandingi.