Wednesday, December 26, 2007

Pandangan Syed Hamid Mengenai Media Indonesia

BUKU PERJALANAN KE ANGKASA DIJANGKA TERBIT JULAI



KOTA TINGGI,26 Dis Buku pengalaman perjalanan pergi, semasadan pulang Angkasawan pertama Negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dijangka akan diterbitkan Julai tahun hadapan.

Buku yang dalam proses akhir itu akan siap dalam lima ke enam bulandari sekarang kata Muszaphar pada Karnival Islam Hadrari Parlimen KotaTinggi.Tujuan buku ini diterbit adalah untuk membakar semangat dan minatgolongan muda dalam bidang sains matematik katanya lagi dalam lawatanpertama jelajah masyarakat.

Angkasawan itu ke angkasa menaiki pesawat Soyuz TMA-10.Majlis yang telah berlangsung selama dua hari berakhir hari ini ituditutup rasmi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Karnival itu berlangsung di Balai Raya Felda Simpang Waha, Kota tinggi.Hamid turut mengulas mengenai ketegangan media Indonesia denganMalaysia, Kementerian luar akan mengadakan satu satu perjumpaan secaraterbuka untuk menghuraikan persengketaan itu.

Katanya lagi Malaysia yang dikenali menghormati negara lain tidak akanmengambil tindakan melebih-lebih.