Saturday, January 19, 2008

K'JAAN LAKSANA PROGRAM PENEMPATAN SEMULA MANGSA BANJIR SECARA BERPERINGKAT DI

Kerajaan akan melaksanakan program penempatan semulamangsa-mangsa banjir secara berperingkat-peringkat tetapi berterusan di seluruhnegara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, buatpermulaan kerajaan menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membinasebanyak 662 unit rumah melibatkan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa ditempatkansemula di daerah Kota Tinggi, Kluang dan Kinabatangan.

"Program penempatan semula mangsa-mangsa banjir ini akan dilakukan di seluruh negarasecara berperingkat-peringkat tetapi berterusan," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah tapak penempatan semula mangsa-mangsa banjir Kota Tinggi diKampung Jawa yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurutnya, 360 peserta program penempatan semula mangsa banjir di Kota Tinggi ituakan menduduki sebuah rumah bernilai RM46,000 berkeluasan 1,200 kaki persegi, denganbayaran bulanan sebanyak RM100 bagi satu keluarga.

Najib berkata, walaupun nilai rumah yang akan dibina oleh SPNB bernilai RM46,000sebuah tetapi jika harga kos tanah turut diambilkira, maka kos keseluruhan rumahyang akan siap di dalam tempoh 18 bulan itu menjangkau sebanyak RM120,000.

No comments: