Tuesday, January 15, 2008

Kerajaan Johor akan melaksanakan pemasangan kamera litar tertutup



JOHOR BAHRU-14.JAN-Kerajaan Johor akan melaksanakan pemasangan kamera litar tertutupCCTV di seluruh daerah Johor Bahru termasuk di taman - taman perumahan sebagai langkah keselamatan.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru MBJB dan Polis diminta mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk pemsangan CCTV terbabit. Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pusat kawalan CCTV terbabit akan berpusat di Majlis Bandaraya Johor Bahru MBJB dan di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD.

Katanya, selain peruntukkan daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan untuk pemasangan CCTV, kerajaan negeri akan memberikan peruntukkan tambahan bagi tujuan penambahan pemasangan CCTV tersebut.

Selain itu pihak swasta juga turut digalakkan memasang CCTV di dalam dan di sekitar premis mereka sebagai langkah pencegahan dan keselamatan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sistem Maklumat Geografi Bersepadu IGIS di Johor Bahru.
Selain itu, menurut Datuk Abdul Ghani, bantuan ehsan penduduk yang terlibat banjir pada tahun lalu akan di berikan kepada penduduk yang rumah mereka di naiki air sahaja. Katanya, wang ehsan sebanyak 700 ringgit akan di berikan kepada rumah yang dinaiki air sedalam 5 kaki manakala sebanyak seribu 100 ringgit kepada rumah yang dinaiki air lebih dari 5 kaki.

Sementara itu, penduduk yang telah mendaftar tetapi kawasan mereka tidak dinaiki air tidak akan mendapat wang ehsan terbabit.

No comments: