Sunday, December 30, 2007

Cakap tak serupa bikin Syarikat-"Syarikat Malaysia Resources Corp Berhad (MRCB)" YB Dato' Shahrir Samad



JOHOR BAHARU, 29 Dis- Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) akan memanggil kerajaan negeri Johor, syarikat-syarikat Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd untuk memberi penjelasan tentang usaha pemindahan penduduk yang bakal terjeas akibat pembinaan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) bernilai RM977juta pada tahun depan.

Pengerusinya Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pembinaan Lebuhraya EDL sejauh 8.1km menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bukit Chagar dengan Lebuhraya Utara Selatan pada tahun depan itu bakal mengakibatkan pemindahan 2,600keluarga dari tujuh buah kampung di Johor Baharu.

"Syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pembinaan Lebuhraya EDL itu seolah-olah tidak menghiraukan tentang tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat terlibat.
Disebabkan pembinaan lebuhraya, ada kampung-kampung yang akan terbahagi kepada dua
bahagian, memecahkan keluarga dan hubungan masyarakat," katanya kepada pemberita
selepas majlis penyerahkan kad keahlian anggota Umno Bahagian Johor Baharu di sini,
hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Johor Baharu dan Majlis Tertinggi Umno berkata, syarikat MRCB, sebagai pemaju projek pembinaan Lebuhraya EDL itu serta merupakan sebuah syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) sepatutnya menyambut usaha kerajaan yang mahukan syarikat-syarikat di negara ini mementingkan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

"Janganlah buat tidak kisah tentang kesan dan impak projek tersebut kepada alam sekitar dan masyarakat," kata Shahrir dan menambah, MRCB, Tebrau Teguh dan kerajaan negeri Johor akan diberikan satu tarikh pada tahun depan untuk memberikan penerangan kepada PAC.

No comments: