Thursday, January 24, 2008
Bas kemalangan
2 maut sementara satu cedera parah dalam satu kemalangan bas ekspres apabiladipercayai terjunam ke dalam gaung di Kilometer 27.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Kulai kira - kira jam 1.30 petang tadi.
Mereka yang maut ialah seorang penumpang serta pemandu bas terbabit. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Ruslan Hassan berkata penumpang bas itumeninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bas tersebut meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital Kulai.
Penumpang terbabit seorang wanita berusia 67 tahun dikenali sebagai Wong Moiberasal dari Taman Aman, Kluang, Johor, manakala pemandu bas dikenali sebagai MdJaaffar Md Shariff, 48 tahun berasal dari Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
Sementara seorang lagi penumpang yang mengalami cedera parah dikenali sebagai Noor Afefe Md Mahzan, 21 tahun dan dirawat di Hospital Kulai.
Bas Ekspress Johor Super yang hanya membawa 2 penumpang itu dalam perjalanan dari Kluang ke Johor Bahru. Pemandu bas terbabit dipercayai gagal mengawal bas lalu melanggar penghadang jalan dan terbabas ke dalam gaung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment