Thursday, December 20, 2007

JUMLAH MANGSA BANJIR DI JOHOR TERUS MENURUN JOHOR BAHARU



19 Dis -- Jumlah mangsa banjir di 32 pusat pemindahan di seluruhnegeri Johor terus mengalami penurunan kepada 1,994 orang daripada 506 keluarga pada2 petang ini berbanding 2,111 orang pada pagi tadi.

Bilik Gerakan Banjir Johor di dalam kenyatannya berkata penurunan ini berikutancuaca cerah dengan hujan berskala sederhana di beberapa tempat di sekitar Johor.Muar masih lagi mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 971 orang daripada 239keluarga yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Segamat 973 orang daripada 224keluarga di 21 pusat dan Batu Pahat masih menempatkan 50 orang daripada 12 keluargadi sebuah pusat pemindahan.Ia juga berkata, Johor Bahru telah menutup kesemua 10 pusat pemindahannya pada 9pagi tadi manakala satu-satunya pusat pemindahan di Kota Tinggi turut ditutup tengahhari ini.

Sehingga ini kesemua jalan di kawasan-kawasan terlibat banjir disahkan selamat untukdilalui bagi semua kenderaan.Menurut kenyataan itu lagi, Sungai Muar di Bukit Kepong masih melebihi paras bahayapada 4.52 meter dan Sg.Segamat di Segamat mencatatkan bacaan 8.53 meter melepasiparas berjaga-jaga

No comments: