Thursday, December 20, 2007

Polis Johor berjaya merampas dua pucuk pistol



JOHOR BAHRU – 19.DIS.2007 --Polis Johor berjaya merampas dua pucuk pistol jenisRevolver. 38 dalam dua tangkapan berasingan di sekitar negeri itu pada 21 Novemberdan 10 Disember lepas. Dua orang lelaki berumur antara 20 hingga 36 tahun ditahan berhubung kes tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC 2 Amer Awal berkata, tangkapan pertamadibuat di Batu Pahat selepas menerima maklumat daripada orang ramai pada 21 November.

Sepasukan anggota polis pergi ke sebuah kedai di bandar Batu Pahat untuk memeriksa premis berkenaan dan menjumpai sepucuk pistol tersebut beserta 5 butir peluruhidup. Tangkapan kedua pula dilakukan di sebuah rumah di Johor Jaya, Johor Bahru pada 10 Disember lepas.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati suspek memiliki sepucuk pistolbeserta 5 peluru hidup. Selepas itu pihak polis turut memeriksa kereta supek dan menjumpai 2 bilah pisaupemotong daging. Kedua - dua suspek itu kini ditahan dan akan didakwa dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

No comments: