Friday, December 21, 2007

MANGSA BANJIR DI JOHOR SEMAKIN MENURUN



JOHOR BAHARU, 21 Dis -- Hujan berskala sederhana di beberapa kawasan di Johor menyebabkan mangsa banjir kini semakin menurun kepada 1,200 orang daripada 282keluarga berbanding 1,276 orang daripada 301 keluarga, pagi tadi.

Bilik Gerakan Banjir Johor melalui kenyataan memberitahu Muar masih lagi mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 607 orang mangsa daripada 147 keluarga yangditempatkan di lapan buah pusat pemindahan.

Di Batu Pahat, Balairaya Kampung Haji Kamisan, yang ditutup beberapa hari lepas dibuka semula sebagai pusat pemindahan sementara dengan menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga manakala jumlah mangsa di Segamat kini tinggal 587 orang daripada 134 keluarga berbanding 602 orang daripada 137 keluarga pagi tadi selepas satu pusat pemindahan, iaitu di Sekolah Arab Kampung Kubah ditutup tengahari tadi.

sementara itu kunjungan krew tv pjb ke kota tinggi mengambarkan keadaan pulih sediakala dan kebanyakan mereka masih berjaga jaga.

Menurut kenyataan itu lagi, Jalan Yong Peng-Parit Sulong dan Jambatan Kampung Batu Badak-Pogoh di Muar masih ditutup kerana berlaku tanah runtuh di kawasan tersebut.

No comments: