Saturday, January 5, 2008

SOKONG PARTI BUKAN CALON



JOHOR BAHRU 5.DIS.-Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman memberi jaminan rakyat negeri itu tetap berdiri teguh dibelakang kerajaan pimpinan Barisan Nasional ketika ini.

Kesetiaan mereka tidak berbelah bahagi walaupun timbul kejadian penyebaran vcd bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang membawa kepada perletakan semua jawatannya dalam politik dan kerajaan. Beliau berkata, rakyat bijak untuk menilai kebaikan yang dibawa oleh kerajaanBarisan Nasional berdasarkan rekod kejayaan sebelum ini.

Katanya, mereka juga perlu lebih memikirkan pembangunan negara yang sedia ada serta memajukan lagi negara berbanding perkara - perkara lain yang tidak memberi sumbangan positif kepada rakyat dan Malaysia Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Taman Perindustrian Nusa Cemerlangdi Gelang Patah.

Menurut Datuk Abdul Ghani, ahli - ahli parti MCA juga dinasihatkan supaya lebih menumpukan kepada gerak kerja, strategi dan bergabung tenaga bagi menghadapipilihanraya yang akan datang.

Ia secara tidak langsung akan dapat meneruskan kesinambungan sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional untuk jangka masa yang lama.

No comments: