Saturday, January 5, 2008
WANITA DITANGKAP DIPERCAYAI TERBABIT EDAR DVD/VCD ADEGAN SEKS CHUA
JOHOR BAHARU, 4 Dis-- Seorang wanita telah ditahan polis semalam kerana dipercayai
terlibat di dalam pengedaran DVD dan VCD adegan seks bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Soi Lek dengan seorang wanita.
Ketua Polis Johor DCP Datuk Hussin Ismail berkata wanita berusia 29 tahun itu seorang pengusaha kedai salon kecantikan telah ditahan di kedainya di Taman Bukit Perdana, Batu Pahat pada 2.30 petang semalam.
"Pihak polis telah merampas satu keping DVD dan tiga keping VCD dan sebuah komputer riba dari kereta dan kedai salon wanita tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian pemakaian pangkat 73 anggota berpangkat rendah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Seramai 655 anggota polis berpangkat rendah telah dinaikkan pangkat ke koperal, sarjan, sarjan mejar dan Sub-inspektor di negeri ini.
Hussin berkata polis mendapatkan perintah Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk menahan reman wanita tersebut di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Menjawab soalan pemberita, Hussin berkata wanita tersebut bukan wanita yang menjalinkan hubungan seks dengan bekas naib presiden MCA itu seperti yang dirakamkan di dalam DVD dan VCD yang dilapor diedarkan secara meluas di negeri ini.
Dengan bantuan anggota dari Bukit Aman, Hussin berkata polis negeri ini sedang menyiasat pihak yang terbabit di dalam pencetakan dan pengedaran DVD dan VCD tersebut.
Beliau juga mengesahkan bahawa polis telah mengambil keterangan daripada Chua semalam namun enggan mengulas lanjut mengenai di mana dan waktu keterangan itu diambil.
"Kita masih lagi menyiasat kes ini. We will not leave any stone unturned," katanya.
Beliau juga enggan mengulas ketika diajukan soalan mengenai kemungkinan pembabitan pekerja-pekerja hotel di dalam perbuatan merakamkan adegan tersebut, meminta media agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut.
Hussin meminta orang ramai yang memiliki DVD atau VCD tersebut agar menyerahkannya
kepada pihak polis atau memusnahkannya.
Chua meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatannya dalam parti MCA Rabu lalu setelah mengakui bahawa beliau adalah lelaki dalam aksi seks rakaman DVD atau VCD yang disebar luas di negeri ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment