Friday, December 14, 2007
ISA JIKA KEADAAN MEMUDARATKAN KESELAMATAN, MUSA
Yahya Kiprawi
JOHOR BAHARU, 10 Dis 2007-- Polis akan menggunakan peruntukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Hindu Rights Action Force (Hindraf) jikakeadaan memudaratkan keselamatan negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berkata pada masa polis akan menggunakansaluran mahkamah terlebih dahulu bagi mendakwa mereka yang terlibat dalam badan yangmenyemai sentimen perkauman di kalangan masyarakat India itu.
"Bila tu saya tak boleh nak kata tapi polis akan bertindak lebih tegas. Keadaan jikamemudaratkan keselamatan jadi saya akan ambik tindakan yang lebih drastik dantegas," katanya di sini hari ini.
Katanya sudah ada tanda bahawa aktiviti Hindraf akan memudaratkan keselamatan negaranamun polis setakat ini akan hanya menggunakan saluran mahkamah ke atas mereka yangterlibat.
Beliau ditanya pemberita mengenai bila pihak polis akan menggunakan peruntukantersebut berikutan kebimbangan orang ramai terhadap masaalah yang mungkin timbulakibat akitiviti Hindraf.
Ditanya adakah ini bermakna pihak polis berlembut dengan Hindraf beliau berkata:"Tidak. Kita takkan berlembut jika ada kumpulan yang ingin merosakkan keselamatandan keamanan negara."
Musa berkata siasatan ke atas mereka yang terlibat dengan Hindraf sudah lengkap danmereka dijangka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.
Mengenai penahanan penganjur perhimpunan "Bersih" yang diadakan pada 10 Nov lepas,Musa berkata setakat ini hanya dua orang sahaja telah ditahan iaitu naib presidenPas Mohamad Sabu dan ketua penerangan Parti Keadilan Rakyat Tian Chua.
Beliau berkata lebih banyak penahanan akan dibuat ke atas mereka yang dipercayaiterlibat dengan perhimpuna tersebut sedikit masa lagi.
Ditanya mengapa perhimpunan sedemikian semakin kerap diadakan oleh sesetengah pihak,beliau berkata: "Saya tak boleh nak jangka mengapa sekarang...you pun tahu dah nakpilihanraya so maybe because of that."
Musa tiba di sini tengah hari tadi selepas mengadakan tinjauan ke kawasan-kawasanyang terlibat banjir di Segamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment