Friday, December 14, 2007

MANGSA BANJIR DI JOHOR MENINGKATJOHOR



JOHOR BAHARU, 11 Dis -- Mangsa banjir yang dipindahkan ke 72 pusat pemindahan banjirseluruh negeri Johor pagi ini meningkat kepada 10,370 orang berbanding 7,829 oranglewat malam tadi.Jurucakap bilik gerakan banjir Segamat berkata 10 lagi pusat perpindahan baru dibukadi daerah itu menjadikan 48 pusat perpindahan dibuka semuanya berbanding 38 sehingga11 malam tadi, menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 6,490orang membabitkan1,607 keluarga.

Enam jalan utama di daerah Segamat masih lagi ditutup untuk lalu lintas dan tigajalan iaitu Jalan Pee Kang Hai-Jalan Mariyani, Jalan Kampung Logah ke Felda Medoidan Jalan Segamat-Kampung Tunku Tinga dibuka untuk kenderaan berat sahaja. Bilik gerakan banjir daerah turut mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh di JalanKampung Batu Badak pada awal pagi tadi.Johor Baharu yang menutup sementara pusat perpindahan sebelum ini membuka 11 pusatdengan menempatkan 3,630 mangsa daripada 853 keluarga.

Manakala di Kluang lima pusat perpindahan baru di buka dengan menempatkan 433 mangsadaripada 102 keluarga.Seramai 610 mangsa ditempatkan di pusat perpindahan di Muar (1 pusat perpindahan);Batu Pahat (2); Kota Tinggi (1) dan Mersing (8). Empat sungai dicatatkan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Segamat 11.37 metermelepasi 9.14meter, Sungai Muar (Kampung Awat) 5.87 meter melepasi 5.56 meter,Sungai Muar (Buluh Kasap) 9.71 meter melepasi 9.14 meter dan Sungai Muar (BukitKepong) 3.99 meter melepasi 2.74 meter. Cuaca sehingga pagi ini cerah di Johor Bahru dan Segamat manakala diramalkan hujansekejap-sekejap pada sebelah malamnya di beberapa daerah.

No comments: