Friday, December 14, 2007

SAMY SIFAT TAHANAN LIMA PEMIMPIN HINDRAF BAWAH ISA "SESUAI DENGAN MASA"



JOHOR BAHARU, 13 Dis
Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu menyifatkan tindakan polis menahan limapemimpin Hindraf (Hindu Rights Action Force) hari ini di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) sebagai sesuatu yang "sesuai dengan masa".

"Saya percaya tindakan oleh kerajaan itu adalah sesuai dengan masa"," katanya yangjuga Menteri Kerja Raya ketika ditemui oleh pemberita pada satu majlis makan malamanjuran MIC Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawimempunyai tanggungjawab yang amat penting untuk memastikan keselamatan orang awam dinegara ini sentiasa terjamin.

"The government has got an important responsibility to protect the security of theordinary citizens. Whatever the Prime Minister has ordered today is on the securityof the people," he said.

Samy Vellu berkata demikian sebagai mengulas langkah polis menahan lima pemimpinHindraf P. Uthayakumar, M.Manoharan, R.Kenghadharan, V.Ganabatirau danT.Vasanthakumar di bawah ISA hari ini.

Menurutnya, jika negara berada di dalam keadaan huru-hara, kerajaan tidak boleh melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan untuk membangunkan rakyat dan negara. Menteri Kerja Raya itu juga berkata, beliau mempercayai salah satu motif utamakumpulan terbabit adalah untuk mengikis sokongan masyarakat India kepada MIC.

"Dia orang baling batu, tapi kita tidak mahu baling balik, kita senyap kerana kitaberada di dalam kerajaan. Apa-apa masalah mengenai masyarakat India, kita akanmeminta nasihat daripada kerajaan dan berbincang dengan Perdana Menteri. Kita telahmelakukannya selama 30 tahun," katanya.

Tindakan kumpulan berkenaan menganjurkan demonstrasi jalanan katanya,turutmenjejaskan peniaga-peniaga di Kuala Lumpur dan memberikan gambaran tidak tepatkepada dunia luar bahawa Malaysia berada di dalam keadaan tidak aman.Menurut Samy Vellu, selepas peristiwa berdarah 1969, semua kaum di negara telahmembuat peraturan baru di mana perpaduan semua kaum dititikberatkan dan bersama-samaberusaha untuk memajukan negara.

1 comment:

Bayu said...
This comment has been removed by the author.