Monday, January 7, 2008
PRESIDEN SUSILO BAKAL DIANUGERAH BINTANG TERTINGGI M'SIA OLEH YANG DI PERTUAN AGONG
KOTA TINGGI, 6 Jan-- Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang akan melakukanlawatan kerja ke Malaysia pada 10 hingga 12 Jan depan, bakal dianugerahkan bintangtertinggi negara oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, kata Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.
Menurutnya, majlis penganugerahan bintang tertinggi negara oleh Yang Di Pertuan Agong kepada pemimpin nombor satu Indonesia itu akan berlangsung di Istana Negarapada 10 Jan."Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah bersetuju untuk menerima anugerah tertingginegara tersebut dari Yang Di Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepasmenghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Sungai Seluyut, di sini.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Susilo akanturut mengambil peluang dari lawatan kerja pemimpin Indonesia ke Malaysia padaminggu depan itu untuk mengadakan rundingan tahunan.
Kedua-dua pemimpin menurut Syed Hamid yang juga merupakan anggota Parlimen KotaTinggi, akan membincangkan perkara-perkara kepentingan bersama meliputi bidangekonomi, sosial serta isu-isu politik serantau dan antarabangsa.
Sokongan padu penyokong bekas naib presiden MCA
NST ON LINE
BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek has moved to allay potential rifts among the Johor MCA grassroots created by his resignation following a sex scandal. The former health minister said he would be willing to go on a roadshow to explainthe reasons behind his resignation if the MCA leadership wanted him do it.
In an evening gathering with a large crowd of Johor MCA and Batu Pahat BarisanNasional leaders and supporters here, the former MCA vice-president pledged to be aprime mover for the state MCA machinery for the next general election.Dr Chua also reiterated that he would not withdraw his decision to resign from hisposts despite a memorandum from members urging him to do so.
"Don't let my personal problems become an issue that will divide the BN. We mustpledge our full support to Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and BNchairman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in the next general election.
"There are times when the government may make a decision that seems unfair to the Chinese community. But we are a multiracial and multi- religious country andsometimes such decisions must be made," he said.
Many members carried banners extolling Dr Chua's virtues for admitting his mistakes,while there were others who carried posters saying that he had been made a politicalscapegoat."I am heartened by the support you have shown me although I am now a nobody.
"And I urge you all to show support to the next BN candidate and to ensure alandslide victory for the BN in the coming election."In a later speech to MCA leaders, he said he could not go back on his word to resign. "I cannot main wayang kulit (indulge in theatrics) where I resign on Wednesday andreconsider on Saturday. That would not be gentlemanly.
"Later, to a question from the press, Dr Chua said he considered the episode historyand wanted to move on to work for BN and MCA success in the general election."I have been in Johor MCA for 22 years and during that time I have created networkswith Chinese non-governmental organisations and other BN component party leaders.
"Although I may not hold any posts, I feel that I can still make use of thesenetworks to garner support for the BN." On whether he would move out of the limelight, he said: "I will only plan my futureafter the elections."
Saturday, January 5, 2008
SOKONG PARTI BUKAN CALON
JOHOR BAHRU 5.DIS.-Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman memberi jaminan rakyat negeri itu tetap berdiri teguh dibelakang kerajaan pimpinan Barisan Nasional ketika ini.
Kesetiaan mereka tidak berbelah bahagi walaupun timbul kejadian penyebaran vcd bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang membawa kepada perletakan semua jawatannya dalam politik dan kerajaan. Beliau berkata, rakyat bijak untuk menilai kebaikan yang dibawa oleh kerajaanBarisan Nasional berdasarkan rekod kejayaan sebelum ini.
Katanya, mereka juga perlu lebih memikirkan pembangunan negara yang sedia ada serta memajukan lagi negara berbanding perkara - perkara lain yang tidak memberi sumbangan positif kepada rakyat dan Malaysia Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Taman Perindustrian Nusa Cemerlangdi Gelang Patah.
Menurut Datuk Abdul Ghani, ahli - ahli parti MCA juga dinasihatkan supaya lebih menumpukan kepada gerak kerja, strategi dan bergabung tenaga bagi menghadapipilihanraya yang akan datang.
Ia secara tidak langsung akan dapat meneruskan kesinambungan sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional untuk jangka masa yang lama.
WANITA DITANGKAP DIPERCAYAI TERBABIT EDAR DVD/VCD ADEGAN SEKS CHUA
JOHOR BAHARU, 4 Dis-- Seorang wanita telah ditahan polis semalam kerana dipercayai
terlibat di dalam pengedaran DVD dan VCD adegan seks bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Soi Lek dengan seorang wanita.
Ketua Polis Johor DCP Datuk Hussin Ismail berkata wanita berusia 29 tahun itu seorang pengusaha kedai salon kecantikan telah ditahan di kedainya di Taman Bukit Perdana, Batu Pahat pada 2.30 petang semalam.
"Pihak polis telah merampas satu keping DVD dan tiga keping VCD dan sebuah komputer riba dari kereta dan kedai salon wanita tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian pemakaian pangkat 73 anggota berpangkat rendah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Seramai 655 anggota polis berpangkat rendah telah dinaikkan pangkat ke koperal, sarjan, sarjan mejar dan Sub-inspektor di negeri ini.
Hussin berkata polis mendapatkan perintah Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk menahan reman wanita tersebut di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Menjawab soalan pemberita, Hussin berkata wanita tersebut bukan wanita yang menjalinkan hubungan seks dengan bekas naib presiden MCA itu seperti yang dirakamkan di dalam DVD dan VCD yang dilapor diedarkan secara meluas di negeri ini.
Dengan bantuan anggota dari Bukit Aman, Hussin berkata polis negeri ini sedang menyiasat pihak yang terbabit di dalam pencetakan dan pengedaran DVD dan VCD tersebut.
Beliau juga mengesahkan bahawa polis telah mengambil keterangan daripada Chua semalam namun enggan mengulas lanjut mengenai di mana dan waktu keterangan itu diambil.
"Kita masih lagi menyiasat kes ini. We will not leave any stone unturned," katanya.
Beliau juga enggan mengulas ketika diajukan soalan mengenai kemungkinan pembabitan pekerja-pekerja hotel di dalam perbuatan merakamkan adegan tersebut, meminta media agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut.
Hussin meminta orang ramai yang memiliki DVD atau VCD tersebut agar menyerahkannya
kepada pihak polis atau memusnahkannya.
Chua meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatannya dalam parti MCA Rabu lalu setelah mengakui bahawa beliau adalah lelaki dalam aksi seks rakaman DVD atau VCD yang disebar luas di negeri ini.
Friday, January 4, 2008
Sekumpulan tujuh anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Mereka bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada anggota media yang berkumpul di perkarangan hotel setinggi 15 tingkat terbabit sejak pagi tadi.Sehingga berita ini dilaporkan, pasukan forensik Bukit Aman itu masih berada di dalam hotel mewah terbabit.
Chua, yang juga merupakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor, anggota parlimen Labis dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat dipercayai sentiasa menginap di hotel terbabit apabila menghadiri majlis-majlis MCA dan kerajaan di daerah itu.
Di dalam sidang media di Kementerian Kesihatan semalam, beliau mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan, Pengerusi MCA Johor dan naib presiden MCA pusat, Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat serta anggota parlimen Labis, berkuatkuasa dengan serta merta.
Pengumuman tentang perletakan jawatan beliau menyusul sehari selepas mengaku di dalam sidang media di Pejabat MCA Bahagian Labis bahawa beliau adalah lelaki yang dilihat melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di dalam DVD yang tersebar luas di beberapa daerah di Johor baru-baru ini.
Thursday, January 3, 2008
Tuesday, January 1, 2008
ORANG RAMAI YANG MEMILIKI DVD AKSI SEKS DIMINTA SERAH PADA POLIS
"Mereka yang didapati bersalah, boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. Kita juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan khabar-khabar angin yang akan memburukkan lagi keadaan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan polis darimana-mana individu tentang penyebaran DVD yang di dakwa mengandungi aksi sekspemimpin politik itu."Kita minta sesiapa yang memiliki DVD itu supaya menyerahkannya kepada pihak polis,"kata Ibrahim.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang laporan media hari ini berkenaanpenyebaran DVD aksi seks itu di Muar, Batu Pahat dan Tangkak. Bernama difahamkan, sampul-sampul surat mengandungi dua keping DVD tersebut telahdiedarkan secara percuma di beberapa bahagian bandar Batu Pahat dengan carame letakkannya di dalam kotak-kotak surat milik penduduk dan peniaga.
DVD tersebut juga diletakkan di hadapan-hadapan rumah penduduk oleh mereka yangtidak dikenali. Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaFahmi Kassim pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan tentangpenyebaran DVD aksi seks pemimpin politik di Johor Baharu dan daerah-daerah lain. Bagaimanapun pihaknya akan menjalankan siasatan tentang perkara itu.
KERANCAKAN DI WPI BERMULA SUKU PERTAMA TAHUN DEPAN, KATA MB JOHOR
JOHOR BAHARU, 31 Dis -- Projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dijangkabertambah rancak tahun depan apabila kebanyakan projek-projek di bawah rancangan pembangunan itu dimulakan pada suku pertama tahun depan.
Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata hampir semua urusan berkaitanperaturan dalam WPI telah selesaikan tahun ini sebelum beberapa siri perkembanganprojek berkenaan akan diumumkan dalam tempoh tidak lama lagi.
"Kerajaan kini berada pada status "bersedia untuk melaksanakannya".
Banyak perkaramenarik akan berlaku pada 2008 dan kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri amatkomited bagi memastikan projek rancangan WPI akan berjalan seperti yang dirancang mengikut jadual," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Abdul Ghani yang juga pengerusi bersama Pihak Berkuasa Lembaga Pembangunan Iskandarberkata, satu pelan komunikasi baru akan diwujudkan bagi memastikan orang awamsentiasa mendapat maklumat terkini mengenai WPI dan beberapa pengumuman baru itutermasuk pelaburan baru, pemberian kontrak dan pelancaran projek infrastruktur yang besar.
Beliau berkata, pelabur dari Timur Tengah yang membawa masuk pelaburan sejumlahAS$1.2 bilion iaitu RM4.2 bilion akan memulakan projek mereka pada suku pertamatahun depan di Node 1 dengan Aldar Properties di bawah perjanjian MubadalaDevelopment Company yang melabur sejumlah AS$520 juta akan mula membangunkan zonsantai termasuk perumahan, taman hiburan, padang golf dan pusat perubatan.
Ghani-WPI 2 Johor Baharu Katanya, Al-Nibras Ltd anak syarikat Kuwait Finance House yang akan melabur AS$330juta pula akan memulakan pembangunan kluster budaya yang meliputi taman kreatif danperkampungan warisan manakala Abu Dhabi's Millenium Development Company yang akanmelabur sebanyak AS$325 juta mula membangunkan zon kewangan antarabangsa.
Menurut Abdul Ghani, semua pembangunan infrastruktur dalam WPI juga akan bermulasuku pertama tahun depan termasuk pembinaan Lebuhraya Pesisir Pantai, sepanjang 15km yang menghubungkan bandaraya Johor Baharu dengan Nusajaya yang bernilai RM1bilion.
"Syarikat Permodalan Johor Selatan (SJIC) iaitu sebuah syarikat yang berkaitan WPIjuga akan memulakan pembinaan sembilan susur keluar dan enam jambatan bagi LebuhrayaPesisir Pantai manakala pembinaan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) yangmenghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) dengan Lebuhraya UtaraSelatan di Pandan akan dimulakan pada Mac depan," katanya.
Beliau berkata, projek pemulihan sungai-sungai di sekitar WPI juga akan bermulatahun depan dengan menyaksikan sejumlah RM900 juta diperuntukkan kerajaan bagiperbersihan Sungai Skudai, Segget dan Tebrau yang kini pencemarannya berada di tahapkritikal manakala projek MSC Cyber City yang bernilai RM500 juta juga akandibangunkan di Kulai, tahun depan.
Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Johor yang bernilai RM1.2 juta juga akan beroperasiMac depan dan beberapa kemudahan keselamatan di WPI yang melibatkan kos bernilaiRM330 juta juga akan dibangunkan tahun depan, katanya.
"Antara projek yang telah dilaksanakan sepanjang 2007 pula adalah pelancaran PuteriHarbour yang bernilai RM1.5 bilion dan janakuasa Tanjung Bin yang bernilai RM7.8bilion. Ingin saya tekankan WPi bukannya hanya untuk pelabur asing sebaliknya kamimahu rakyat negara ini menggunakan kesempatan ini untuk melabur dalam projek ini,"katanya.
WPI yang meliputi beberapa daerah di Johor merupakan koridor pembangunan kawasanselatan yang bakal menyaksikan kawasan Johor Selatan bertukar menjadi bandarayametropolis antarabangsa seperti Hong Kong dan Shenzhen, China.
WPI di kawasan seluas 2,217 km itu dilancar pada 4 Nov 2006 dan diterajui KhazanahNasional Berhad.
Sunday, December 30, 2007
Jangan Fikir Projek Saja! Tanpa Memikir Pelbagai Aspek..
Menteri Kerja Raya, Kerajaan Negeri, MRCB, EDL dan Tebrau Teguh. Jangan Fikir Projek Saja! Tanpa Memikir Pelbagai Aspek.. YB Dato' Shahrir Samad
EDL: PAC mahu penjelasan
Petikan dari Utusan Malaysia
JOHOR BAHRU 29 Dis. – Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) akan meminta penjelasan daripada kerajaan negeri Johor, Malaysian Resources Corp. Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd. berhubung usaha pemindahan penduduk yang bakal terjejas akibat pembinaan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) yang bernilai RM977 juta tahun depan.
Pengerusi PAC Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pembinaan Lebuhraya EDL sejauh 8.1km itu yang menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Chagar dengan Lebuhraya Utara Selatan bakal mengakibatkan pemindahan 2,600 keluarga dari tujuh buah kampung di Johor Bahru.
“Syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pembinaan Lebuhraya EDL itu seolah-olah tidak menghiraukan tentang tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat terlibat.
“Disebabkan pembinaan lebuh raya, ada kampung-kampung yang akan terbahagi kepada dua bahagian, memecahkan keluarga dan hubungan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahkan kad keahlian anggota Umno bahagian Johor Baharu di sini hari ini.
Beliau yang juga anggota Parlimen Johor Baharu dan Majlis Tertinggi Umno berkata, syarikat MRCB, sebagai pemaju projek pembinaan Lebuhraya EDL itu serta merupakan sebuah syarikat berkepentingan kerajaan, sepatutnya menyambut usaha kerajaan yang mahukan syarikat-syarikat di negara ini mementingkan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.
“Janganlah buat tidak kisah tentang kesan dan impak projek tersebut kepada alam sekitar dan masyarakat,” kata Shahrir dan menambah, MRCB, Tebrau Teguh dan kerajaan negeri Johor akan diberikan satu tarikh pada tahun depan untuk memberikan penerangan kepada PAC.
Syarikat Tebrau Teguh merupakan anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor yang memiliki tanah untuk pembangunan EDL.
Menurut Shahrir, tujuan PAC meminta penjelasan ketiga-tiga pihak terbabit adalah untuk memastikan penyelesaian yang adil kepada penduduk kampung terlibat.
Sehingga hari ini katanya, pihak kerajaan negeri mahupun MRCB atau Tebrau Teguh tidak pernah mengadakan majlis penerangan kepada penduduk-penduduk yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya tersebut.
Menurut beberapa laporan akhbar baru-baru ini, syarikat MRCB dijangka memulakan projek pembinaan Lebuhraya EDL pada suku pertama tahun depan dan pembinaannya dijangka mengambil masa empat tahun.
Syarikat pemaju sesebuah projek kata Shahrir, perlu lebih maju dalam pemikiran mereka dengan bertindak memastikan masyarakat setempat tidak menerima kesan yang buruk di atas perlaksanaan projek pembinaan mereka.
“Apa yang kita mahukan adalah, masyarakat yang terjejas itu diberikan rumah-rumah yang moden dan selesa di dalam kawasan bandar, bersesuaian dengan konsep dan matlamat Wilayah Pembangunan Iskandar,” katanya.
Cakap tak serupa bikin Syarikat-"Syarikat Malaysia Resources Corp Berhad (MRCB)" YB Dato' Shahrir Samad
JOHOR BAHARU, 29 Dis- Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) akan memanggil kerajaan negeri Johor, syarikat-syarikat Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd untuk memberi penjelasan tentang usaha pemindahan penduduk yang bakal terjeas akibat pembinaan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) bernilai RM977juta pada tahun depan.
Pengerusinya Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pembinaan Lebuhraya EDL sejauh 8.1km menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bukit Chagar dengan Lebuhraya Utara Selatan pada tahun depan itu bakal mengakibatkan pemindahan 2,600keluarga dari tujuh buah kampung di Johor Baharu.
"Syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pembinaan Lebuhraya EDL itu seolah-olah tidak menghiraukan tentang tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat terlibat.
Disebabkan pembinaan lebuhraya, ada kampung-kampung yang akan terbahagi kepada dua
bahagian, memecahkan keluarga dan hubungan masyarakat," katanya kepada pemberita
selepas majlis penyerahkan kad keahlian anggota Umno Bahagian Johor Baharu di sini,
hari ini.
Beliau yang juga anggota Parlimen Johor Baharu dan Majlis Tertinggi Umno berkata, syarikat MRCB, sebagai pemaju projek pembinaan Lebuhraya EDL itu serta merupakan sebuah syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) sepatutnya menyambut usaha kerajaan yang mahukan syarikat-syarikat di negara ini mementingkan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.
"Janganlah buat tidak kisah tentang kesan dan impak projek tersebut kepada alam sekitar dan masyarakat," kata Shahrir dan menambah, MRCB, Tebrau Teguh dan kerajaan negeri Johor akan diberikan satu tarikh pada tahun depan untuk memberikan penerangan kepada PAC.
Friday, December 28, 2007
Thursday, December 27, 2007
Lebih Empat Ribu Mangsa Banjir Dapat Rawatan Kesihatan, Kata Chua
JOHOR BAHARU, 27 Dis -- Seramai 4,582 mangsa banjir telah mendapatkan rawatankesihatan dari pasukan perubatan Jabatan Kesihatan yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan seluruh negara sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini.
Menurutnya, kebanyakan dari mereka yang mendapatkan rawatan tersebut merupakan pesakit-pesakit kronik yang memerlukan bekalan ubat-ubatan yang berterusan sertapesakit yang mengalami masalah selesema, batuk dan demam.
"Jabatan Kesihatan Negeri telah bersiap sedia, khususnya pasukan-pasukan perubatandan kesihatan yang ditempatkan di negeri-negeri Pahang, Johor, Kedah dan Kelantanyang berada di di dalam keadaan 'high alert,'" katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Sultan Ismail (HSI), Pandan di sini.
Katanya, pasukan-pasukan perubatan turut memindahkan 37 mangsa banjir yangmemerlukan rawatan bagi pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dansakit jantung ke hospital-hospital berhampiran.
Chua juga berkata, setakat ini tiada kes-kes penyakit berjangkit sama ada bawaan airatau makanan berlaku di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.
Wednesday, December 26, 2007
BUKU PERJALANAN KE ANGKASA DIJANGKA TERBIT JULAI
KOTA TINGGI,26 Dis Buku pengalaman perjalanan pergi, semasadan pulang Angkasawan pertama Negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dijangka akan diterbitkan Julai tahun hadapan.
Buku yang dalam proses akhir itu akan siap dalam lima ke enam bulandari sekarang kata Muszaphar pada Karnival Islam Hadrari Parlimen KotaTinggi.Tujuan buku ini diterbit adalah untuk membakar semangat dan minatgolongan muda dalam bidang sains matematik katanya lagi dalam lawatanpertama jelajah masyarakat.
Angkasawan itu ke angkasa menaiki pesawat Soyuz TMA-10.Majlis yang telah berlangsung selama dua hari berakhir hari ini ituditutup rasmi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Karnival itu berlangsung di Balai Raya Felda Simpang Waha, Kota tinggi.Hamid turut mengulas mengenai ketegangan media Indonesia denganMalaysia, Kementerian luar akan mengadakan satu satu perjumpaan secaraterbuka untuk menghuraikan persengketaan itu.
Katanya lagi Malaysia yang dikenali menghormati negara lain tidak akanmengambil tindakan melebih-lebih.
